Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

20 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam namun dinafikan potensi untuk berkembang disebabkan sikap ambil mudah yang terlalu bergantung kepada bantuan bagi membentuk keusahawanan dengan pembudayaan yang terencat. Secara amnya, pasaran francais Malaysia terus berkembang secara purata 7- 12% setiap tahun. Bilangan francaisor tempatan telah meningkat dengan ketara semasa RMK-9 & 10 tetapi kelihatan menurun semasa RMK-11. Pertumbuhan francaisi induk juga tidak memberangsangkan di mana prestasi terbaik adalah ketika RMK-8 dan prestasi menurun selepas itu. Berdasarkan pemerhatian, banyak syarikat francais antarabangsa lebih suka memberikan hak francaisi utama kepada syarikat Singapura atau yang berpusat di Singapura berbanding dengan Malaysia. Walau bagaimanapun, ini memerlukan kajian terperinci dengan rekod pendaftaran kementerian. Satu- satunya kategori francais yang terus sihat berkembang adalah pemegang francais kepada jenama francais asing dengan mencecah lebih daripada 20 syarikat yang mendaftar setiap tahun lebih meskipun purata pendaftaran industri adalah 13 syarikat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy