Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

603 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Hasil dapatan kajian mendapati gaya kepimpinan demokratik paling banyak diamalkan berbanding dua gaya kepimpinan yang lain iaitu autokratik dan laissez-faire . Keterlibatan dan pekerja industri adalah merupakan dua (2) faktor yang mempunyai hubungan yang positif dengan ketiga-tiga gaya kepimpinan. Kepimpinan demokratik menunjukkan hubungan yang lebih kuat dengan keterlibatan pekerja industri pembinaan. Dalam memastikan semua pekerja adalah bertenaga, berdedikasi dan berupaya melaksanakan tugas, ketua projek harus seorang yang dipercayai, jujur, adil dan saling berkomunikasi dengan pengikutnya. Ciri- ciri tiga (3) gaya kepimpinan dalam kajian ini seperti berikut: a) Kepimpinan Autokratik ( Autocratic Leadership ) Pemimpin autokratik percaya bahawa pekerja adalah seorang yang tidak rajin, kurang bermotivasi dan tidak boleh dipercayai. Mereka perlu sentiasa dibimbing dan diberi arahan untuk mencapai matlamat organisasi. Mereka turut mengetuai pekerja dengan keperluan untuk memberikan ganjaran atau hukuman. Seseorang pemimpin autokratik juga adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Memimpin dengan menggunakan sumber kuasa secara formal. Pemimpin yang mengamalkan gaya ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi sepenuhnya. Menurut Amerjit Singh (2017), gaya kepimpinan autokratik lebih mementingkan pengeluaran dan keuntungan dalam organisasi. Malahan itu, gaya kepimpinan autokratik juga bermakna seorang ketua atau majikan yang mementingkan kuasa dalam pentadbiran. Bukan itu sahaja, pekerja juga dijadikan platform untuk mencapai objektif yang telah dirancang oleh ketua berkenaan. 3 gaya kepimpinan (Yao et al.): ▪ autokratik ▪ demokratik ▪ laissez-faire

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy