Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

602 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Oleh itu, pekerja akan berperanan sebagai rakan interaksi atau perhubungan kepada pemimpin dalam membantu untuk membuat keputusan, bagaimana menghadapi perubahan dan memberikan arahan yang tepat. Keputusan lazimnya dibuat bukan secara sebulat suara oleh orang- orang tertentu tetapi berdasarkan persetujuan secara bersama di mana penerimaan keputusan oleh setiap ahli pasukan adalah yang paling utama. Individu dalam setiap pasukan mempunyai tahap kuasa yang tinggi kerana pengagihan yang seimbang yang diberikan oleh kepimpinan dalam organisasi. Gaya kepimpinan ini sememangnya bergantung kepada pekerja yang berpengetahuan, sangat terlatih, mempunyai autonomi dan keupayaan pengawalan diri. Kajian perhubungan gaya kepimpinan dan keterlibatan pegawai selanjutnya telah mengkaji dalam bidang industri oleh penyelidik Yao et al. (2017) seperti di Rajah 5 . Kajian ini bertujuan untuk mengkaji interaksi antara ketua pemimpin dan pengikutnya dalam usaha mencapai kejayaan projek-projek dalam bidang industri pembinaan. Ketua pemimpin akan dikaji dalam bentuk tiga (3) gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik dan laissez-faire . Gaya kepimpinan ini yang akan dilihat mempengaruhi keterlibatan pekerja industri pembinaan di Malaysia. Rajah 5: Perhubungan Gaya Kepimpinan dan Keterlibatan Pekerja (Kajian oleh Yao et al., 2017) Gaya Kepimpinan Demokratik Gaya Kepimpinan Autokratik Gaya Kepimpinan Laissez-Faire Keterlibatan Pekerja

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy