Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

601 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam serta mencapai matlamat melebihi ekspektasi atau jangkaan yang melibatkan komitmen emosi pengikut. Ciri-ciri kepimpinan ini merangkumi seorang yang boleh dipercayai, jujur, berinspirasi, memberi sokongan, bersikap positif, motivasi tinggi, keyakinan diri, dinamik, bagus bekerja dalam pasukan, berorientasi cemerlang, tegas, bijak, penyelesaian masalah secara win-win dan berpandangan jauh ke hadapan. Pemimpin berwawasan turut menggunakan Teknik gaya kepimpinan kolaborasi dalam membuat keputusan. Mereka berkongsi masalah dengan pengikut, berbincang, berunding dan membuat jangkaan- jangkaan sebelum membuat keputusan akhir. Pemimpin juga memberi kuasa kepada pengikutnya. Kuasa tersebut lebih banyak berbanding kuasa yang diberikan di bawah gaya pimpinan klasik dan transaksional kerana pemimpin memerlukan input serta komitmen pengikut untuk merealisasikan matlamat mereka. Kepimpinan berwawasan memerlukan skil dan pengetahuan pekerjanya yang boleh menyumbang untuk merealisasi visi yang dirancang. Oleh itu, pekerja perlu mengetahui kehendak atau matlamat visi pemimpin. Komitmen pekerja diperolehi daripada perkongsian visi pemimpin dan kadang kala pengaruh daripada karisma pemimpin. d) Kepimpinan Organik ( Organic Leadership ) Pemimpin organik adalah merupakan seorang yang dinamik, mempunyai proses interaksi yang amat berkesan di mana objektifnya adalah memimpin pekerja dalam usaha mencapai matlamat kumpulan atau organisasi. Pemimpin organik juga mempunyai tindakan timbal balik di mana memastikan ahli pasukan saling bekerjasama berdasarkan peranan masing-masing selaras dengan kuasa yang diberikan kepada mereka.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy