Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

600 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam mempunyai kuasa untuk sentiasa memberi penghargaan kepada pengikutnya. Transaksional lain adalah melibatkan mereka dengan isu yang hanya diberi perhatian oleh pemimpin. Pemimpin transaksional juga melihat pengikut sebagai seorang individu dan fokus kepada keperluan dan memberi motivasi. Keperluan dan motivasi inilah yang akan menentukan cara kerja pengikutnya. Selain itu, keperluan mengenali sikap pengikut juga, pemimpin transaksional boleh membina keyakinan pengikutnya untuk mencapai tahap pencapaian yang dikehendaki. Pengikut akan menerima dan memenuhi kehendak pemimpin yang akan ditukarkan dalam bentuk ganjaran, penghargaan, pujian dan dapat mengelakkan dari dikenakan tindakan disiplin. Pemimpin ini turut mempunyai skil interpersonal untuk memberi motivasi, arahan, kawalan, pembangunan, memberi tunjuk ajar dan mempengaruhi pengikut lebih dari pengaruh diri mereka sendiri. Visi pemimpin lazimnya dalam tempoh jangka masa yang pendek untuk memperolehi keputusan dan ganjaran yang maksima. Proses membuat keputusan pula diadaptasi daripada cara rundingan bersama pengikutnya berdasarkan tahap atau kedudukan jawatan mereka. Namun, pemimpin masih kekal membuat keputusan akhir. Pemimpin ini tidak menurunkan kuasa maka pengikutnya hanya mempunyai sedikit kuasa sahaja dalam organisasi. Sumber untuk mengekalkan komitmen pengikut diperolehi daripada ganjaran, perjanjian dan rundingan ekspektasi dari pemimpin. c) Kepimpinan Berwawasan ( Visionary Leadership ) Kepimpinan berwawasan bekerja menerusi visi yang memenuhi ke arah keperluan dan motivasi pengikut. Pemimpin ini mewujudkan visi yang jelas, merancang road map untuk perancangan masa depan dan memberi motivasi kepada pekerja agar lebih meningkatkan prestasi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy