Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

599 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam a) Kepimpinan Klasik ( Classical Leadership ) Kepimpinan ini berjaya dilaksanakan apabila pemimpin menerima tugasan yang sebenarnya dalam sesuatu populasi. Pemimpin akan membuat keputusan, memberi arahan dan mengambil tanggungjawab yang tidak perlu dilaksanakan atau diambil alih oleh pengikutnya. Namun, gaya kepimpinan klasik mempunyai limitasi antaranya pemimpin tidak boleh memberikan arahan dan mengawal tindakan apabila situasi adalah kompleks dan luar kawalan kapasiti seseorang pemimpin. Situasi limitasi pemimpin turut berlaku apabila pertambahan komitmen pengikutnya untuk menyelesaikan tugas, perubahan kepimpinan dan juga komitmen pengikut yang semakin hari semakin berkurangan atas sebab-sebab lain. Kepimpinan klasik hanya sesuai untuk ketua yang sangat hebat dan terpilih dalam melaksanakan inisiatif yang ideal. Secara umumnya, pemimpin klasik turut dikenali sebagai gaya autokratik dalam membuat keputusan, jarang atau tidak pernah melibatkan pengikutnya dalam proses membuat keputusan. Mereka turut tidak menurunkan kuasa kepada pengikut iaitu hampir tiada kuasa diberikan, lebih menjurus kepada arahan sahaja yang menyebabkan mereka mengambil pekerja yang tiada skil. Manakala sumber komitmen pekerja diperolehi atau berpunca dari rasa takut kepada pemimpin. Oleh itu, operasi dalam organisasi adalah lebih kepada rutin dan boleh dijangka. Organisasi pula dikawal sepenuhnya oleh pemimpin. b) Kepimpinan Transaksional ( Transactional Leadership ) Pemimpin transaksional dan pengikutnya berinteraksi serta sentiasa berbincang mengenai perjanjian yang dimeterai antara mereka dan inilah yang mewujudkan keterlibatan mereka. Oleh itu, pemimpin harus 4 gaya kepimpinan (Zhang): ▪ klasik ▪ transaksional ▪ berwawasan ▪ organik

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy