Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

598 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam dan pekerja. Malah gaya kepimpinan yang berkesan berupaya menyuntik hubungan mesra antara majikan dan pekerja dalam sesebuah organisasi (Ameerjit Singh, 2017). Dalam mendepani cabaran masa kini, pemimpin harus melabur dalam organisasi untuk memperolehi skil, kebolehan dan inovatif di kalangan pekerja agar mendapat keuntungan dan pulangan. Oleh itu, keterlibatan pekerja dalam organisasi penting dan menurut Robinson D., S. Peeryman, dan S. Hayday (2004), pekerja yang mempunyai keterlibatan tinggi lazimnya bersikap positif dan pencapaian cemerlang yang memberi faedah kepada organisasi. Zhang, T. (2010) dalam kajian beliau telah mengenalpasti empat (4) gaya kepimpinan yang boleh mempengaruhi keterlibatan pekerja dalam sesebuah organisasi (Rajah 4). Rajah 4 : Perhubungan Gaya Kepimpinan dan Keterlibatan Pegawai (Kajian oleh Zhang T., 2010) Kepimpinan merupakan elemen penting menyumbang kepada persepsi pekerja di tempat tugas dan keterlibatan tenaga kerja. Gaya kepimpinan yang berkesan berupaya menyuntik hubungan mesra antara majikan dan pekerja dalam sesebuah organisasi Keperluan Pencapaian Peka Kesaksamaan Keperluan Kejelasan Keterlibatan Pekerja Ciri Pekerja Gaya Kepimpinan Kepimpinan Klasik Kepimpinan Transaksi Kepimpinan Berwawasan Kepimpinan Organik

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy