Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

597 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam perkhidmatan awam amat diterima baik oleh pegawai dan memenuhi ekspektasi warganya yang memerlukan kepimpinan dalam meningkatkan komitmen mereka dalam organisasi masing-masing. IKPA diteruskan pada tahun 2018 dengan penglibatan 25 kementerian yang merangkumi 220 jabatan dan agensi. 12 faktor telah dinilai dan dibahagikan kepada 4 kluster iaitu Kepimpinan, Persekitaran Kerja, Pembangunan Kerjaya dan Tema Sampingan untuk melihat keterlibatan pegawai. Hasil analisis data melalui analisis korelasi Pearson Product Moment , telah menunjukkan kekuatan hubungan yang paling positif adalah faktor kepimpinan dengan skor r = 0.68 berbanding dengan 11 faktor yang lain (walaupun skala menandakan hubungan sederhana). Pegawai perkhidmatan awam masih mengekalkan pandangan bahawa kepimpinan pengurusan atasan dan keupayaan organisasi tetap mantap dalam menguruskan perubahan yang efektif. Gaya Kepimpinan Mendorong Keterlibatan Pegawai Dalam Organisasi Kepimpinan dengan pelbagai definisi, merupakan antara yang paling banyak dikaji dalam penyelidikan sains sosial. Kepentingannya seringkali dilihat dalam mempengaruhi kehidupan, dari aspek politik kepada bidang perniagaan dan daripada Pendidikan kepada organisasi sosial. Kepimpinan bukan saja diikhtiraf sebagai komponen kritikal dalam pengurusan efektif pekerja malah dikenali sebagai elemen penting menyumbang kepada persepsi pekerja di tempat tugas dan keterlibatan tenaga kerja. Selaras itu, gaya kepimpinan amat penting dalam mendorong keterlibatan pekerja (Zhao R. dan Sheng Y., 2019). Gaya kepimpinan, bergantung kepada sejauh mana seseorang pemimpin berperanan menentukan struktur tugas dan organisasi yang dipimpinnya. Gaya kepimpinan amat penting dalam mewujudkan kepuasan antara majikan Berdasarkan dapatan kajian IKPA tahun 2018, pegawai perkhidmatan awam masih mengekalkan pandangan bahawa kepimpinan pengurusan atasan dan keupayaan organisasi tetap mantap dalam menguruskan perubahan yang efektif

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy