Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

594 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Rajah 2 : Ciri-ciri Kepimpinan (Northouse 2001) Stogddill (1948) Mann (1959) Stogddill (1948) Lord, De Vader & Allinger (1986) Kirkpatrick & Locke (1991) • Kepintaran • Prihatin • Tanggungjawab • Inisiatif • Kegigihan • Keyakinan Diri • Perhubungan Sosial • Kepintaran • Ketahanan • Kebolehan Penyesuaian • Dominan • Extrovert • Konservatisme • Pencapaian • Kegigihan • Wawasan • Inisiatif • Keyakinan Diri • Tanggungjawab • Kerjasama • Bertolak ansur • Mempengaruhi • Perhubungan Sosial • Kepintaran • Ketahanan • Dominan • Pengemudi • Motivasi • Integriti • Keyakinan Diri • Kebolehan Kognitif • Berpengetahuan Keterlibatan Pegawai Peranan setiap pegawai adalah penting untuk merealisasikan pencapaian visi, misi dan matlamat organisasi. Kecekapan pegawai juga merupakan penggerak organisasi yang cekap dan berkesan. Selaras itu, keterlibatan pegawai dalam organisasi boleh dilihat dari segi sifat kesungguhan seseorang pegawai yang sentiasa berusaha bagi memastikan organisasi tempat bekerja sentiasa berjaya dan mencapai produktiviti yang optimum dengan mempamerkan komitmen, emosi, kognitif dan fizikal terhadap kerja hingga sanggup menyumbangkan usaha melebihi daripada kebiasaan. Menurut Kahn, W.A. (1990), keterlibatan pegawai dalam kerja amat penting kerana pegawai akan mendorong diri mereka agar senang bekerjasama, baik dengan pemimpin ataupun dengan teman sekerja. Salah satu cara untuk menarik keterlibatan pegawai adalah dengan melibatkan mereka dalam membuat keputusan (Intan Nur Ismiyatun, 2015). Keterlibatan pegawai ialah: ▪ sifat kesungguhan seseorang pegawai ▪ komitmen, emosi, kognitif dan fizikal terhadap kerja ▪ menyumbangkan usaha melebihi daripada kebiasaan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy