Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

593 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam a) merancang mewujudkan pekerjaan yang bermakna dan bermotivasi; b) memberi sokongan dan melatih pekerja; c) menggunakan sepenuhnya sumber personal pekerja; dan d) memberi penghargaan dan sentiasa memberikan sokongan. Northouse (2001) mengenalpasti beberapa ciri kepimpinan berdasarkan kepada pandangan beberapa pengkaji seperti di Rajah 2 . Ini menunjukkan terdapat pelbagai ciri-ciri kepimpinan yang boleh diaplikasikan oleh individu atau sesebuah organisasi untuk mengenalpasti pemimpin yang ideal. Ciri-ciri tersebut bukan diperolehi secara semulajadi bahkan boleh dipelajari dan dilatih secara konsisten seperti kepintaran, keyakinan diri, integriti dan perhubungan sosial (Pentti, 2003). Setiap organisasi harus mengetahui profil kepimpinan dan memilih serta mewujudkan pemimpin berdasarkan kepada profil tersebut. Di samping itu, seseorang pengurus di organisasi boleh menganalisa kekuatan dan kelemahan berpandukan ciri-ciri kepimpinan ini untuk memperolehi pemahaman yang lebih jelas bagaimana untuk melaksanakan perubahan dalam aspek tingkahlaku kepimpinan. ▪ pelbagai ciri-ciri kepimpinan yang boleh diaplikasikan oleh individu atau sesebuah organisasi untuk mengenalpasti pemimpin yang ideal ▪ pengurus di organisasi boleh menganalisa kekuatan dan kelemahan ciri-ciri kepimpinan untuk memperolehi pemahaman yang lebih jelas bagaimana untuk melaksanakan perubahan dalam aspek tingkahlaku kepimpinan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy