Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

592 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kepimpinan turut dikenali suatu proses menggerakkan, mempengaruhi dan membimbing orang lain dalam merangka untuk mencapai tujuan organisasi. Begitu juga dengan cara atau pendekatan yang dipilih seorang pemimpin dalam perhubungan, perilaku, mempengaruhi orang lain untuk mencapai tujuan dan sasaran organisasi yang telah ditetapkan. Menurut Intan Nur Ismiyan (2015) ( Rajah 1) , kepimpinan juga mempengaruhi keterlibatan dan motivasi pekerja. Pekerja akan bekerja dengan lebih bersemangat dan mendorong mereka berusaha mencapai matlamat secara optimal. Pemimpin turut berperanan sebagai ejen yang sangat dipercayai oleh organisasi untuk memperkukuhkan dan menyemai tujuan dan maksud di kalangan pengikutnya dalam komuniti (Abdul Kadir Othman et al., 2017). Rajah 1 : Pola Hubungan Antara Gaya Kepimpinan (Intan Nur Ismiyan, 2015) Kunci utama peranan kepimpinan adalah mewujudkan persekitaran yang membenarkan pekerja mempunyai semangat dan mempunyai peluang merasai penglibatan mereka. Pemahaman merasai keterlibatan pekerja adalah antara langkah pertama dalam mengenalpasti mereka yang mempunyai tahap tenaga yang maksima. Empat (4) cara pemimpin untuk meningkatkan keterlibatan pekerja menerusi strategi seperti berikut (Serrano, Shawn A. dan Reichard, Rebecca J., 2011): Kunci utama peranan kepimpinan adalah mewujudkan persekitaran yang membenarkan pekerja mempunyai semangat dan mempunyai peluang merasai penglibatan mereka Motivasi Kerja Gaya Kepimpinan Keterlibatan Karyawan (Pekerja)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy