Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

591 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam LATAR BELAKANG Kepimpinan The Oxford English Dictionary (1933) telah menyatakan perkataan pemimpin telah mula wujud dalam bahasa inggeris seawal tahun 1300. Perkataan memimpin ( to lead ) berasal dari perkataan inggeris lama iaitu leden atau loeden yang bermaksud memberi panduan, merealisasikan sesuatu dan menunjukkan suatu jalan (Pentti, 2003). Pelbagai definisi telah diberikan mengenai kepimpinan. Batista-Taran et al. (2009) mentakrifkan kepimpinan merupakan proses seseorang individu dapat mempengaruhi sekumpulan individu mencapai matlamat yang sama. Pemimpin yang berkesan berupaya untuk mempengaruhi pengikutnya memenuhi matlamat organisasi dan seterusnya melaksanakan perubahan dan memberi motivasi kepada pekerjanya. Kepimpinan berkesan juga sering dikaitkan dengan sifat, nilai dan tingkah laku yang beretika. Kepimpinan beretika adalah mustahak kerana pemimpin adalah agen perubahan dan arkitek bagi elemen- elemen penting budaya organisasi. Sikap dan tingkah laku pemimpin memberi impak kepada pelakuan anggota organisasi dan seterusnya ini akan mempengaruhi prestasi organisasi (Zaharah Hassan, Abu Daud Silong dan Nazri Muslim, 2009). ▪ kepimpinan merupakan proses seseorang individu dapat mempengaruhi sekumpulan individu mencapai matlamat yang sama ▪ kepimpinan berkesan juga sering dikaitkan dengan sifat, nilai dan tingkah laku yang beretika ▪ kepimpinan juga mempengaruhi keterlibatan dan motivasi pekerja

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy