Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

590 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Gaya Kepimpinan Dalam Keterlibatan Pegawai di Organisasi Suzila binti Suhaimi, M54 ABSTRAK Gaya kepimpinan dapat menyuntik keterlibatan pekerja dalam organisasi. Keterlibatan meliputi aspek kecekapan, sentiasa berusaha, komitmen tinggi, senang bekerjasama, mengetahui apa yang perlu dilakukan dan kesungguhan pekerja untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Hasil dapatan Kajian Indeks Keterlibatan Penjawat Awam Perkhidmatan Awam Persekutuan (IKPA) 2015 dan 2018, mendapati faktor kepimpinan dalam Perkhidmatan Awam mempunyai nilai hubungan yang tinggi dengan keterlibatan pegawai yakni kepimpinan mempengaruhi keterlibatan pegawai. Selaras itu, hasil tinjauan dan analisa artikel kajian ini telah mendapati bahawa lapan (8) gaya kepimpinan yang boleh diterapkan dalam organisasi dan mampu menarik keterlibatan pegawai. Gaya kepimpinan yang dibincangkan adalah Klasik, Transaksi, Berwawasan, Organik, Demogratik, Autokratik, Laissez-Faire dan Karismatik. Gaya tersebut merupakan peranan yang paling signifikan untuk mewujudkan keterlibatan pegawai. Ciri-ciri kepimpinan turut dikongsi bersama untuk memberi pemahaman dan gambaran yang lebih jelas. Gaya kepimpinan yang sesuai, harus ditentukan oleh organisasi. Ini adalah kerana setiap oganisasi mempunyai fungsi dan kepimpinan yang berbeza- beza. Oleh itu, kepemimpinan dalam organisasi ini berperanan sebagai ejen yang boleh dipercayai untuk mendorong dan mempengaruhi pekerja meningkatkan keterlibatannya. Keberkesanan gaya kepimpinan pasti mampu memperoleh keterlibatan pekerja yang tinggi dan pekerja merasai sumbangan yang mereka berikan selari dengan pencapaian matlamat dan hala tuju organisasi. Pekerja juga lebih menjurus kepada rasa kesetiaan untuk terus bekerja dan kebarangkalian pekerja bertukar keluar adalah rendah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy