Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

566 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam KEPENTINGAN KESEDIAAN PENJAWAT AWAM TERHADAP PELAKSANAAN TEKNOLOGI BAHARU 1. Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan juga sikap penjawat awam terhadap pelaksanaan teknologi baharu di dalam amalan pekerjaan seharian. 2. Hasil dapatan membolehkan pihak-pihak berkaitan menyusun semua strategi pembangunan manusia dan pemerkasaan perkhidmatan awam ke arah yang lebih produktif dan berdaya saing. 3. Mengkaji dan memperbaiki pengurusan teknologi dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan kepada perkhidmatan awam sesuai dengan keadaan semasa. 4. Membantu menyerlahkan peranan penting pengurusan teknologi dalam pelaksanaan dasar dan keseluruhan proses membuat keputusan dan penilaian dalam pelaksanaan dasar yang berkesan juga akan dikaji dan difahami. 5. Memahami dan dapat meramalkan kesan kemungkinan pertimbangan politik yang pelbagai untuk mempunyai peluang yang optimum untuk berjaya ke arah mencapai semua impian dan aspirasi negara. Dan itu tidak mustahil, dengan syarat para pengurus muda dan pemimpin perkhidmatan awam di Malaysia memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan terutamanya dalam reka bentuk dasar dan pelaksanaan dasar untuk memastikan kesediaan perkhidmatan awam untuk mendorong momentum untuk perubahan progresif di Malaysia. PENUTUP Dalam merealisasikan dasar-dasar baharu kerajaan ke arah menjadikan peranan penjawat awam adalah amat penting dalam memastikan perlaksanaannya berada di landasan yang betul. Oleh yang demikian, persediaan dalam semua aspek terutamanya dalam kemahiran pengurusan teknologi baharu perlu dinilai dan ditambah baik dari masa ke semasa agar hasrat Malaysia menuju Negara maju akan tercapai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy