Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

16 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Berdasarkan Jadual 3 di atas, di seluruh Rancangan Malaysia, terdapat peningkatan penyertaan Bumiputera dalam francais sehingga RMKe-9. Tetapi pertumbuhannya telah terhenti dan angka trend menurun bermula dari RMKe- 10 hingga kini. Peratusannya agak pegun pada satu ketika sebelum turun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11. Prestasi Bumiputera adalah yang terbaik dalam kategori jenama francais tempatan di mana kebanyakan populasi francais adalah Bumiputera. Merujuk kepada Jadual 3.1, Bumiputera mengalami peningkatan dalam penglibatan perniagaan mereka dalam francais semasa RMKe-9. Angka tersebut sedikit menurun pada RMKe-10 tetapi angka tersebut disokong oleh peningkatan jumlah penglibatan Bumiputera dalam memiliki jenama francais asing seperti di Jadual 3.2. Pemilikan Bumiputera pada jenama francais asing agak rendah dan melihat prestasi terbaiknya dalam RMK-10 dengan peningkatan dua kali ganda berbanding tempoh sebelumnya. Walaupun mempunyai prestasi sedemikian, prestasi keseluruhan Bumiputera masih jauh lebih rendah berbanding dengan penglibatan bukan Bumiputera dalam francais. Sepanjang Rancangan Malaysia, secara keseluruhan bukan Bumiputera telah menunjukkan prestasi luar biasa dengan pemilikan francais lebih daripada 70% di Malaysia walaupun mempunyai insentif yang rendah berbanding dengan Bumiputera. Satu- satunya penurunan peratusan adalah semasa RMKe-9 sebelum peratusan kembali melebihi tanda 70% pada tempoh RMK selepasnya. Tanpa banyak pemberian dan bantuan kewangan daripada, telah memberikan impak negatif terhadap penglibatan Bumiputera. Penurunan penyertaan Bumiputera juga memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan jenama domestik baru secara keseluruhan. Francais asing telah mengambil alih tempat posisi tersebut selepas 2015 dianggap berkembang lebih baik berbanding dengan francais tempatan. Ini dapat dilihat oleh bilangan jenama francais tempatan yang lebih sedikit berbanding dengan jumlah pendaftaran untuk francaisi induk dan pemegang francais untuk jenama asing dalam Jadual 1 dan Jadual 2.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy