Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
564 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam (TRA) (Ajzen & Fishbein, 1980). Matlamat TAM adalah untuk menyediakan asas yang dapat menunjukkan pengaruh pemboleh ubah luaran ke atas kepercayaan dalaman, sikap dan keinginan bertingkah laku (Lu et al., 2003). Model ini juga adalah merupakan model yang dimurnikan daripada Theory of Reason Action (TRA) oleh Ajzen dan Fishbein (1989). Model ini menerangkan tentang tingkah laku penerimaan pengguna. TRA turut menerangkan bahawa sikap adalah dipengaruhi oleh kepercayaan. Dalam model TAM ini, terdapat dua pemboleh ubah spesifik iaitu tanggapan kegunaan (perceived usefulness) dan tanggapan mudah guna (perceived ease of use). Azizi Alrafi (2005) turut menyokong pemboleh ubah ini yang menentukan penerimaan pengguna. Penambahbaikan yang dibuat oleh Ajzen dan Fishbein adalah sesuai untuk menguji tahap penerimaan teknolog iaitu dari aspek kegunaan dan kebolehgunaan sesuatu teknologi. Rajah 2: Model Penerimaan Teknologi (TAM) Tanggapan kegunaan ialah merupakan darjah kepercayaan seseorang menggunakan teknologi khusus dapat meningkatkan prestasi kerja mereka (Syarifah Shairah , 2010; Mohd Ridzuan, 2013). Manakala tanggapan mudah guna pula merujuk kepada darjah kepercayaan seseorang menggunakan teknologi khusus tanpa memerlukan usaha. Walaupun pengguna percaya bahawa teknologi dapat meningkatkan prestasi kerja mereka, tetapi mereka juga percaya bahawa teknologi ini akan menyusahkan apabila memerlukan usaha untuk menggunakannya. Secara kesimpulannya, Model Penerimaan Teknologi (TAM) ini digunakan untuk melihat tanggapan dan persepsi dan juga sikap penjawat awam terhadap pelaksanaan teknologi baharu dalam pekerjaan seperti yang digarapkan pada Rajah 3 kerangka konseptual.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy