Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

563 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam a) Teori Pemikiran Kawalan Adaptif (Adaptive Control of Thought Theory) Dibangunkan oleh Anderson (1983) yang memberi fokus kepada proses memori dan perlaksanaan sesuatu tugas. Terdapat 3 jenis memori yang dikemukakan oleh Anderson iaitu ingatan deklaratif (declarative memory) , memori tatacara (procedural memory) dan memori bekerja (working memory) . Anderson (1983) menyatakan bahawa sesuatu kemahiran dapat dipelajari dengan menggunakan dua jenis pengetahuan iaitu pengetahuan deklaratif dan pengetahuan prosedural. Pengetahuan deklaratif bermaksud pengetahuan berkaitan fakta dan peristiwa. Memori deklaratif terbahagi kepada dua kategori iaitu memori episodik iaitu berkaitan dengan pengalaman seseorang dan memori semantik pula menyimpan maklumat seperti fakta. Pengetahuan prosedural pula adalah merujuk kepada pengetahuan untuk melakukan sesuatu perkara mengikut prosedur yang melibatkan pengetahuan kognitif dan kemahiran psikomotor (Hill, 1990). Dalam kajian terdahulu membuktikan kemahiran literasi digital adalah berkait rapat dengan pengetahuan literasi digital yang terdapat pada teknologi baharu. Simonson, Maurer, Montag-Torardi & Whitaker, (1987) menyatakan kemahiran literasi digital atau teknologi baharu boleh dikuasai jika mereka mempunyai sikap yang positif seperti menunjukkan minat terhadap komputer dan bertanggungjawab terhadap komputer. Dalam konteks perbincangan ini, teori pemikiran kawalan adaptif dipilih bagi melihat serta menilai tahap pengetahuan serta kemahiran penjawat awam terhadap literasi digital yang menjadi tunjang utama dalam pelaksanaan teknologi baharu. b) Model Penerimaan Teknologi (TAM) Model Penerimaan Teknologi (TAM) pula digunakan bagi menjelaskan mengenai penerimaan teknologi dan sistem maklumat (Lu, Yu, Liu, & Yao, 2003). Davis (1989) mengemukakan idea mengenai TAM untuk menerangkan penerimaan pengguna terhadap teknologi komputer berdasarkan justifikasi teori yang jelas. Model asal TAM dibentuk berdasarkan Teori Aksi Bersebab

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy