Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

562 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam penjawat awam di seluruh pelosok negara sentiasa bersedia dari semua aspek terhadap pelaksanaan program transformasi pembangunan negara. Latihan dan program perlu dirancang bagi memastikan jurang digital yang wujud supaya sentiasa berada dalam keadaan yang dapat dikawal. Walau bagaimanapun, masih terdapat cabaran yang sama merentas semua sektor yang menghalang usaha meningkatkan lagi produktiviti, iaitu cabaran berkaitan bakat, teknologi, akauntabiliti dan struktur industri, persekitaran perniagaan serta mindset . Antara semua cabaran ini, bakat merupakan faktor paling penting yang diperlukan untuk melonjak produktiviti. Oleh yang demikian, perbincangan kajian ini adalah lebih tertumpu mengenai tahap kesediaan penjawat awam di Putrajaya terhadap pelaksanaan teknologi baharu seperti yang berikut: 1. Mengenal pasti tahap kemahiran penjawat awam terhadap pelaksanaan teknologi baharu dalam pekerjaan. 2. Mengenal pasti sikap penjawat awam terhadap pelaksanaan teknologi baharu dalam pekerjaan. 3. Mengkaji sama ada wujud perbezaan jurang literasi digital pelaksanaan teknologi baharu penjawat awam berdasarkan faktor demografi iaitu perbezaan jantina dan juga gred perkhidmatan. KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Satu kerangka konseptual direka bagi melihat perkaitan di antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas terhadap objektif kajian. Kerangka kajian ini di adaptasi daripada kajian Mohd Ridzuan (2013) berdasarkan kepada Teori Pemikiran Kawalan Adaptif (Adaptive Control of Thought Theory) oleh Anderson (1983) dan juga Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model) yang dikemukakan oleh Davis (1989) dan Davis et al. (1989). Cabaran Meningkatkan Produktiviti 1. Bakat 2. Teknologi 3. Akauntabiliti 4. Struktur Industri 5. Persekitaran 6. Perniagaan 7. Mindset

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy