Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

561 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Oleh itu, cabaran pemimpin dan pengurus hari ini adalah mengenai menggabungkan kemahiran dan pengetahuan ke arah tugas yang berubah- ubah. Kesan perubahan teknologi mesti diutamakan dalam tenaga kerja untuk memupuk perubahan yang menggembirakan kepada rakyat melalui sikap positif dan rasa tanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan terus kepada rakyat dengan cepat, lebih kreatif dan berkesan. Walau bagaimanapun, untuk menguasai maklumat di dalam semua sektor kerajaan, ianya memerlukan keupayaan individu khasnya penjawat awam untuk menguasai ilmu pengetahuan berkaitan dengan Pengurusan teknologi maklumat. Ini bermaksud, penjawat awam tidak kira sama ada di peringkat pelaksana, pemimpin muda sehinggalah ke peringkat kepimpinan tertinggi dalam kerajaan perlulah berilmu, berfikiran terbuka, bersikap positif serta bersikap proaktif terhadap perubahan semasa sama ada di peringkat organisasi mahupun peringkat global. Perubahan pesat teknologi perlu diterima dengan pemikiran terbuka. Kebergantungan terhadap kemudahan teknologi dalam menguruskan kehidupan dan kerja harian telah mewarnai kehidupan majoriti penjawat awam di negara. Persepsi dan sikap penjawat awam terhadap teknologi didapati mempengaruhi mereka dalam menentukan corak kerja mereka dan cara bertingkah laku (Adamson & Shine 2003; Edison & Geissler 2003) membolehkan maklumat disampaikan dengan cepat dan mudah dalam kos yang rendah (Abdul Razak & Ezry Fahmy, 2009; Liu, 2003; Musa, 2002; Cooke, 1999). Aplikasi Internet dalam pekerjaan membuka peluang besar kepada masyarakat khususnya penjawat awam untuk menikmati manfaat Internet sebagai gedung maklumat, platform interaksi dan komunikasi dan konteks yang lebih luas dan lebih menjimatkan (Hanudin, 2008). Selain itu, Internet turut menjadi medium penting bagi menghubungkan komunikasi dua hala melalui rangkaian aplikasi tertentu di antara penjawat awam di kawasan bandar dan luar bandar. Jadi amatlah penting bagi memastikan setiap Untuk menguasai maklumat di dalam semua sektor kerajaan, ianya memerlukan keupayaan individu khasnya penjawat awam untuk menguasai ilmu pengetahuan berkaitan dengan Pengurusan teknologi maklumat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy