Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
559 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENGENALAN Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) merujuk kepada perkembangan pesat revolusi digital yang merentas ruang siber, fizikal dan biologi merangkumi spektrum sektor ekonomi yang luas dan semua lapisan masyarakat. Antara teknologi trend mega yang menyokong 4IR termasuk pengkomputeran tahap tinggi serta peningkatan robotik termaju, kecerdasan buatan, internet benda (IoT), blockchain dan pencetakan 3D. Konsep 4IR berasal daripada Industrie 4.0 di Jerman. Industrie 4.0 merujuk kepada sistem pengeluaran pintar dalam sektor pembuatan. Dalam konteks Malaysia, istilah Industri 4.0 merujuk kepada maksud yang sama dan merupakan sebahagian daripada rangka kerja 4IR yang lebih besar. Antara beberapa aplikasi teknologi 4IR yang boleh digunakan dalam pelbagai sektor dan subsektor adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Rajah 1: Aplikasi teknologi 4IR Kemajuan pesat dalam ekonomi digital dan penumpuan teknologi termasuk teknologi disruptif telah memberi kesan kepada kerajaan, perniagaan dan individu dalam pelbagai aspek merangkumi daya saing ekonomi sehingga kepada gaya hidup seharian. Kemajuan pesat dalam ekonomi digital dan penumpuan teknologi termasuk teknologi disruptif telah memberi kesan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy