Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

558 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kerangka Konseptual Kesediaan Penjawat Awam Di Putrajaya Terhadap Pelaksanaan Teknologi Baharu Dalam Amalan Pekerjaan Seharian Siti Rohanis binti Mohamad Roze, M44 ABSTRAK Adaptasi teknologi baharu dalam kehidupan masa kini seharusnya dimanfaatkan oleh semua pihak khususnya penjawat awam. Ini kerana penjawat awam adalah merupakan nadi utama terhadap bangun jatuhnya sesebuah negara. Perbincangan ini adalah berkaitan dengan kepentingan kesediaan penjawat awam terhadap pelaksanaan teknologi baharu. Perbincangan ini turut mengemukakan teori-teori berkaitan dengan penerimaan pelaksanaan teknologi baharu iaitu Teori Pemikiran Kawalan Adaptif (Adaptive Control of Thought Theory) dan juga Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model). Daripada teori-teori yang dinyatakan ini akan menghasilkan sebuah kerangka konseptual yang boleh dijadikan sebagai asas kepada penyelidikan yang bakal dijalankan kelak. Kepentingan terhadap perbincangan ini adalah bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan juga sikap penjawat awam terhadap pelaksanaan teknologi baharu di dalam amalan pekerjaan seharian. Selain daripada itu, hasil dapatan membolehkan pihak-pihak berkaitan menyusun semua strategi pembangunan manusia dan pemerkasaan perkhidmatan awam ke arah yang lebih produktif dan berdaya saing serta mengangkat martabat penjawat awam di mata dunia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy