Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
554 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENUTUP Wabak COVID-19 sesungguhnya telah menukar cara pegawai awam bekerja. Jika dahulu banyak pertemuan dan mesyuarat secara bersemuka, sekarang ia mungkin boleh dilaksanakan secara dalam talian sahaja. Banyak kos yang boleh dijimatkan seperti kos makan minum, kos cetakan kertas dan kos perjalanan. Selain itu, integriti dalam menjalankan amanah perlu diambil dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang pegawai awam walaupun berdepan beberapa cabaran-cabaran baharu sepanjang PKP seperti pengurusan perubahan minda ( mindset change ), kekurangan sumber dan pengurusan keluarga. Apabila berhadapan dengan pandemik ini, secara tidak langsung menguji kompetensi dan kapabiliti seseorang dalam mempersiapkan diri dalam memberi perkhidmatan secara digital seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan. Bahkan, polisi-polisi baharu juga bakal dikeluarkan bagi meneruskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas pasca Covid-19. Laporan kajian desktop ini diharap dapat dimantap dan diteruskan dengan statistik yang lebih terperinci. COVID-19 telah mengubah cara kerja pegawai awam. ia menguji kompetensi dan kapabiliti seseorang dalam mempersiapkan diri dalam memberi perkhidmatan secara digital dan berintegriti
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy