Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
553 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam menampakkan mereka kurang bekerja dan terdapat penurunan produktiviti. Justeru, adalah penting bagi setiap penyelia memainkan peranan masing- masing dalam memberikan tugasan yang bersesuaian dengan gred dan skop kerja kakitangan tersebut. Mereka juga boleh memanfaatkan pengajian dalam talian yang disediakan oleh pihak Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) melalui perkhidmatan E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA). Pengurusan Keluarga Pengumuman penutupan pengoperasian premis melibatkan pelajar dan kanak-kanak telah pun bermula sejak PKP Fasa 1 iaitu pada 18 Mac 2020. Ia merangkumi pelajar pengajian tinggi, sekolah menengah, sekolah rendah dan tadika. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk meneruskan pembelajaran anak-anak di rumah ketika mereka juga terikat dengan tuntutan kerja untuk dilaksanakan. Tidak kurang juga bagi anak-anak di bawah umur 5 tahun yang memerlukan perhatian dan penjagaan ibu bapa sepanjang masa memandangkan taska turut diarahkan untuk ditutup. Lantaran itu, pembahagian masa yang teliti perlu diatur dengan baik sesama ahli keluarga agar situasi menang-menang boleh diperolehi. Pegawai awam yang BDR tentu berdepan cabaran menyeimbangi masa dalam melaksanakan tuntutan kerja, keluarga dan hal-hal peribadi. Ini disokong dengan laporan berita memaklumkan sebanyak 55 peratus pekerja banyak menghabiskan masa mereka dengan membaca surat khabar daripada melaksanakan kerja pejabat bagi mengemaskini pengetahuan atau maklumat terkini berkenaan pandemik ini secara global (Astro Awani, 2020).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy