Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
552 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Sumber Umumnya, pegawai awam telah dibekalkan dengan sumber yang mencukupi di pejabat seperti komputer, pencetak, talian internet dan juga lain-lain sumber bukan material termasuklah kakitangan pelaksana. Adalah menjadi cabaran kepada pegawai awam yang tidak mempunyai peranti mudah alih di rumah untuk melaksanakan tugasan hariannya. Ia mungkin bukanlah masalah besar bagi pegawai professional yang turut dibekalkan dengan tab mahupun laptop. Sesetengah pegawai dari kumpulan pelaksana berkemungkinan tidak mempunyai komputer peribadi di rumah. Ini menyukarkan mereka terlibat bagi aktiviti mesyuarat dalam talian atau menyiapkan tugasan yang memerlukan akses kepada perisian tertentu di dalam laptop mahu pun computer. Walaupun terdapat banyak aplikasi dan perisian percuma bagi tujuan persidangan maya antara rakan sekerja dengan memasangnya pada telefon pintar peribadi, ketiadaan perkakasan lain yang penting boleh menjadikan seseorang kurang bermotivasi untuk menjalankan kerjanya. Antara isu lain yang turut dibangkitkan adalah capaian internet yang kurang stabil. Laporan yang dikeluarkan oleh Opensignal bertajuk Mobile Experience during the COVID-19 pandemic: 4G Download Speed mengatakan bahawa kelajuan muat turun 4G Malaysia secara purata telah menurun daripada 13.4 Megabit sesaat (Mbps) pada awal Februari kepada 8.8Mbps atau sebanyak 34.33% pada 23 hingga 29 Mac (MCMC, 2020). Perkara ini telah menyebabkan kesesakan dan penurunan kelajuan muat turun bagi seluruh isi rumah yang menggunakan capaian perkhidmatan internet dari sumber yang sama. Selain itu, bagi pegawai awam kumpulan pelaksana yang menjalankan kerja- kerja pengoperasian harian seperti pengurusan surat-menyurat, mereka antara yang terkesan apabila berada di rumah memandangkan sifat pekerjaan (nature of work) yang memerlukan kehadiran di pejabat. Ini sekaligus Ketiadaan perkakasan, peranti mudah alih dan capaian internet yang kurang stabil optimum boleh menjadikan seseorang kurang bermotivasi untuk menjalankan kerjanya dan menjejaskan produktiviti
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy