Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
551 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENGENALAN Susulan daripada arahan PKP oleh YAB Perdana Menteri, JPA telah pun mengeluarkan surat edaran dan senarai soalan lazim bagi pegawai awam untuk BDR bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19. Arahan tersebut terpakai untuk semua Kementerian atau Agensi bergantung kepada kesesuaian dan menjadi asas pertimbangan Ketua Jabatan masing-masing. CABARAN Persediaan Minda Bagi sebuah proses atau arahan baharu dapat diadaptasi dengan baik dan berjalan lancar, kebiasaannya melalui fasa pengurusan perubahan. Memandangkan arahan untuk BDR diumumkan agak mengejut terutamanya untuk sektor awam, ramai yang kurang bersedia secara mental. Melalui maklumbalas yang diberikan pengguna Facebook kepada hantaran akaun Facebook rasmi JPA bertarikh 17 Mac 2020, sebanyak 152 responden bertanya mengenai pelaksanaan BDR di Agensi masing-masing. Terdapat beberapa maklumbalas yang menyatakan kurang bersedia dan tak kurang juga yang terpaksa akur dengan arahan walaupun bimbang dijangkiti wabak. Sebahagian pegawai awam yang berkhidmat di bawah naungan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga memohon untuk pihak atasan mempertimbangkan pembekuan cuti mereka. Bagi memastikan kesihatan mental pegawai awam berada di tahap yang optimum, JPA sekali lagi membuat hantaran di akaun Facebook-nya pada 27 Mac 2020 dengan menyediakan perkhidmatan kaunseling dalam talian melalui E-Kaunseling Perkhidmatan Awam (EKPA) yang boleh dicapai melalui https://www.interactive1.jpa.gov.my/ekpa/. Talian ini dilihat memberi jalan alternatif dalam membendung simptom kegelisahan (anxiety) dan serangan panik (panic attack) yang berkemungkinan terjadi akibat kekurangan pengetahuan; penyebaran berita palsu yang tidak ditentusahkan; serta pengaruh media sosial (KKM, 2020). Fasa pengurusan perubahan memerlukan kepada kesediaan secara mental terutamanya dalam memastikan kesihatan mental pegawai awam berada di tahap yang optimum di sebalik mendepani krisis COVID-19
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy