Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
546 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam awam dan sekiranya perbuatan ini dianggap boleh diterima pada masa kini, maka sesuatu perlu dilakukan terhadap peraturan yang sedang berkuatkuasa. Selain dari itu, ada juga berlaku dalam kalangan penjawat awam yang memberi pandangan dan pendapat mengenai sesuatu isu atau dasar yang dibangkitkan oleh orang awam dalam media sosial. Ada juga kalangan penjawat awam yang memberi khidmat nasihat (perkhidmatan profesional) atau tips mengenai sesuatu perkhidmatan atau perkhidmatan dalam media sosial. Walaupun sekadar memberi komen dan pandangan tetapi ia tetap bercanggah dengan peraturan. Menerima ucapan tahniah, terima kasih dan takziah adalah suatu budaya dan amalan yang baik dalam masyarakat Malaysia secara khusus. Ia menunjukkan keperihatinan seseorang terhadap individu lain berkaitan pencapaian dan kejayaan seseorang serta musibah (kematian) bagi ahli keluarga seseorang yang rapat. Larangan menerima ucapan tahniah dan takziah dalam PP 3/1998 melalui pembelian ruangan dalam akhbar dan televisyen mungkin releven pada masa itu tetapi tidak lagi relevan dalam konteks kehidupan pada masa kini. Penggunaan media sosial bukanlah dianggap perkara mewah malah adalah percuma sebagai medium interaksi sosial yang disediakan oleh provider berbentuk aplikasi. Malah peranti yang berupa telefon pintar dan komputer juga adalah terlalu murah dan bersifat mampu milik oleh semua golongan. 14 Oleh itu, kajian ini mencadangkan: a) Undang-undang berkaitan larangan pernyataan awam oleh penjawat awam hendaklah diperkemaskan dengan memberikan panduan dan demarcation yang lebih jelas mengenai maksud pernyataan awam oleh penjawat awam; dan 14 Sebagai contoh harga telefon pintar jenama Xiao Mi adalah RM159.00 yang boleh dibeli secara talian (Lazada) pada 20 Februari 2020. Pakej langganan sebulan bagi talian telefon dan internet adalah RM58.00 (Digi), RM89.00 (Maxis), RM80.00 (Celcom).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy