Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
545 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam terima kasih/tahniah/takziah (PP 3/1998) juga tertakluk kepada kaedah penggunaan media-media ini. Amalan sebahagian besar jabatan-jabatan kerajaan pada hari ini menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram , dan lain-lain bagi menyalurkan maklumat berkenaan perkhidmatan masing-masing adalah selari dengan tuntutan semasa yang memerlukan sesuatu maklumat disalurkan dengan segera. Selain maklumat berkaitan dengan perkhidmatan jabatan, terdapat juga maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kakitangan sesuatu jabatan seperti berita pertukaran pegawai, kenaikan pangkat, kunjungan hormat, ucapan takziah turut dimuat naik ke media sosial. Kebiasaannya berita seperti kenaikan pangkat dan pertukaran serta anugerah pingat kebesaran akan dikongsi pula dengan kakitangan jabatan dalam jaringan sosialnya dan pegawai yang terlibat akan menerima ucapan tahniah dan sebagainya. Jabatan kerajaan juga mengucapkan tahniah ke atas kenaikan pangkat dan anugerah pingat kebesaran kepada pegawai- pegawai melalui media sosial jabatan. 13 Media sosial jabatan seperti Facebook, Twitter dan Instagram pada kebiasaannya adalah bersifat awam ( public ) dan bukan private . Ia boleh dicapai oleh orang awam yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti jabatan berkenaan. Oleh kerana sudah menjadi kebiasaan dan amalan harian, maka perkara ini adalah bersalahan seperti mana disebut dalam perenggan 16, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998. Walau bagaimanapun, perkara ini kurang disedari dalam perkhidmatan 13 Sila rujuk lampiran contoh-contoh bagaimana ucapan tahniah dan terima kasih digunakan dalam media sosial oleh jabatan kerajaan. Ucapan tahniah ke atas kenaikan pangkat dan anugerah pingat kebesaran kepada pegawai-pegawai melalui media sosial jabatan lazim dilakukan pada masa ini. Sekiranya perkara ini bercanggah dengan perenggan 16 PP3/1998, penjawat awam perlu diberi kesedaran. Dan sekiranya perbuatan ini dianggap boleh diterima pada masa kini, maka sesuatu perlu dilakukan terhadap peraturan yang sedang berkuatkuasa.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy