Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
544 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam MASALAH DAN PERSOALAN KAJIAN Memandangkan Kerajaan mengiktiraf penggunaan media sosial sebagaimana penggunaan media massa dan media cetak, maka persoalan yang ingin dibangkitkan ialah: a) Adalah jelas bahawa penjawat awam dilarang membuat pernyataan awam dalam apa jua bentuk kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis oleh Menteri yang berkaitan; b) Adakah penggunaan media sosial adalah setara dengan media massa dan akhbar-akhbar sebagaimana yang dimaksudkan dalam PP 3/1998? c) Amalan menerima ucapan terima kasih/tahniah oleh penjawat awam atas sebab kenaikan pangkat, pertukaran dan lain-lain melalui medium media sosial telah menjadi amalan biasa pada hari ini. Adakah amalan ini boleh dikategorikan sebagai suatu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam perenggan 16 PP 3/1998 dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993? KESIMPULAN DAN CADANGAN Setelah meneliti peraturan dan pekeliling yang dikeluarkan di mana P.U.(A) 395/1993 dan PP 3/1998; masing-masing telah berusia 27 tahun dan 22 tahun. Berdasarkan latar masa bagi kedua-duanya, media massa hanya berkisarkan kepada penggunaan radio dan televisyen sahaja serta akhbar-akhbar dalam menyampaikan maklumat. Manakala penggunaan media sosial hanya baharu muncul dalam tempoh 12 tahun lepas (sekitar tahun 2008 dan selepas). Ini bermakna peraturan yang sedang berkuatkuasa telah outdated , namun surat edaran JPA tahun 2013 dan 2016 telah menjelaskan mengenai penggunaan media sosial yang juga boleh dikategorikan setara dengan media massa dan cetak. Penjelasan ini bermakna pernyataan awam dan juga menerima ucapan P.U.(A) 395/1993 dan PP 3/1998; masing-masing telah berusia 27 tahun dan 22 tahun manakala penggunaan media sosial hanya baharu muncul dalam tempoh 12 tahun lepas
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy