Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

543 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam maklumat kepada awam. Akhhar-akhbar harian juga, turut mengeluarkan akhbar versi digital dan dilanggan oleh pelanggan mereka. Sebagai respon kepada perkembangan dalam penyampaian maklumat (berkaitan dengan pernyataan awam) Kerajaan turut mengeluarkan garis panduan dalam penggunaan media sosial melalui Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA BK(S)223/8/2-3 Jld.4 (66) bertarikh 7 Jun 2013 bertajuk “Tanggungjawab Pegawai Awam Dalam Memelihara Integriti Perkhidmatan Awam Semasa Menggunakan Kemudahan Media Sosial di Internet”. Surat Edaran ini menjelaskan bahawa penggunaan media sosial 12 seperti Facebook, Twitter, YouTube, Blog, Whatsapp dan medium interaksi lain sudah menjadi satu amalan termasuk oleh jabatan kerajaan dalam menyampaikan maklumat. Surat edaran ini juga menegaskan bahawa penjawat awam adalah tertakluk kepada Perkara 19, P.U.(A) 395/1993 berkaitan larangan memberikan pernyataan awam. Justeru, dapat disimpulkan bahawa penggunaan media sosial juga merupakan satu medium yang diiktiraf seperti mana penggunaan media konvensional lain seperti media massa dan media cetak (akhbar dan seumpamanya). Penjawat awam yang menggunakan media sosial juga tertakluk kepada larangan dalam memberikan pernyataan awam oleh penjawat awam sekiranya pernyataan tersebut berkaitan dengan bidang kerja dan jabatannya. 12 Menurut Andreas Kaplan dan Michael Haenlein (2010), mereka mendefinisikan media sosial sebagai sebuah kelompok aplikasi berasaskan internet yang membangun di atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0 dan yang memungkinkan penciptaan dan pertukaran user- generated content . Penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube, Blog, Whatsapp dan medium interaksi lain kini merupakan satu medium yang diiktiraf menjadi satu amalan termasuk oleh jabatan kerajaan dalam menyampaikan maklumat sepertimana penggunaan media konvensional lain

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy