Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

542 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam (c) memberi apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa insiden atau laporan berhubungan dengan jabatannya. Dan dia (pegawai) juga tidak boleh mengeliling (mengedarkan) apa-apa pernyataan, maklumat atau penjelasan sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada Menteri yang bertanggungjawab. Sementara itu, Perenggan 16, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998, mengenai Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Di dalam Perkhidmatan Awam menyatakan bahawa pegawai awam adalah dilarang dari memberikan kebenaran bagi ucapan-ucapan tahniah/terima kasih/takziah yang menyentuh diri pegawai untuk disiarkan di akhbar-akhbar atau mana- mana media massa 11 yang lain, oleh pihak swasta, persatuan, pertubuhan, orang perseorangan atau mana-mana kumpulan. Dalam hal ini, adalah jelas bahawa penjawat awam dilarang memberikan apa-apa pernyataan awam kecuali dengan kebenaran secara bertulis oleh Menteri. Di samping itu, penjawat awam juga adalah tidak dibenarkan untuk memberi izin atau menggunakan apa-apa media massa oleh pihak lain dalam menerima ucapan terima kasih atau tahniah. Persoalan di sini dalam konteks peraturan ini yang dikeluarkan pada tahun 1998, media massa (televisyen atau radio) atau akhbar bercetak adalah medium yang relevan pada masa itu. Namun pada masa kini, media massa atau akhbar telah berkembang dan media sosial telah mengambil tempat sebagai pelengkap kepada media massa dan cetak dalam menyampaikan 11 Definisi media massa ialah alat (seperti akhbar, radio, televisyen) untuk menyebarkan maklumat, berita dan sebagainya kepada orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Pegawai awam adalah dilarang dari memberikan kebenaran bagi ucapan- ucapan tahniah/terima kasih/takziah yang menyentuh diri pegawai untuk disiarkan di akhbar-akhbar atau mana- mana media massa - Perenggan 16, PP3/1998

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy