Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
541 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENDAHULUAN Penjawat awam yang dilantik ke dalam perkhidmatan awam samada di peringkat Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkaitan tata kelakuan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkara yang berkaitan dengan larangan ke atas penjawat awam membuat pernyataan awam khususnya dalam konteks pergerakan arus maklumat yang tiada sempadan pada hari ini. Ditambah lagi dengan perkembangan media massa dan cetak mutakhir ini di samping penggunaan media sosial oleh hampir semua orang dan tidak terkecuali penjawat awam. Senario hari ni boleh dikatakan maklumat dihujung jari dan sukar dikawal oleh individu mahupun pihak berkuasa. Terdapat kes-kes dimana kebocoran maklumat terperingkat dan pernyataan awam oleh penjawat awam tanpa disedari telah banyak berlaku. Secara tidak langsung kecenderungan memuat naik sesuatu status atau pernyataan dalam media sosial boleh mengakibatkan penjawat awam dianggap melanggar peraturan yang sedang berkuatkuasa. LATAR BELAKANG Penjawat awam adalah dilarang membuat sebarang pernyataan awam seperti yang dinyatakan dalam Perkara 19, P.U.(A)395/1993: (a) membuat apa-apa pernyataan awam berhubung dengan apa-apa dasar, program atau keputusan kerajaan di atas apa-apa isu; (b) memberi apa-apa maklumat faktual berhubung dengan jabatannya; atau Penjawat awam adalah dilarang membuat sebarang pernyataan awam - Perkara 19, P.U.(A)395/1993
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy