Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

13 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Graf di atas menunjukkan pergerakan sumbangan francais kepada KDNK dan juga populasi francais pada waktu yang sama. Pada tahun 2008 terdapat hanya 123 francais yang berdaftar dengan pihak Kerajaan. Sebagaimana yang ditunjukkan ada jadual 1, graf ini menunjukkan tren menaik secara stabil. Secara logiknya peningkatan populasi akan meningkatkan sumbangan terhadap KDNK. Namun pada tahun 2011 terdapat penurunan KDNK francais meskipun populasi masih lagi pada tren yang meningkat. Satu kajian perlu dibuat bagi mendapatkan gambaran sebenar apa yang terjadi namun secara teori ini mungkin disebabkan oleh jumlah laporan tahunan yang dihantar pada tahun tersebut turut mengalami penurunan. Perbandingan seterusnya seperti di jadual 3 adalah peratusan perubahan KDNK dan pendaftaran francais dalam tempoh yang sama. Terdapat penurunan yang ketara pada peratusan KDNK pada tahun 2011 disebabkan peningkatan mendadak pada tahun sebelumnya. Namun momentum peningkatan terus positif pada tahun berikutnya. Peratusan pendaftaran francais juga dalam tren menurun pada awalnya sebelum kembali melonjak pada 2 tahun terakhir dalam tempoh 10 tahun tersebut. Ini menunjukkan sepanjang tempoh 10 tahun 2009 hingga 2018, secara umum sektor francais menunjukkan pertumbuhan yang stabil dari segi pertambahan francaisor dan juga sumbangan terhadap KDNK. Pertumbuhan ketara selepas Kerajaan memperuntukkan sejumlah peruntukan secara terus dalam pembangunan francais. Ini menunjukkan pertumbuhan sektor francais adalah berhubung terus dengan jumlah suntikan kewangan Kerajaan dalam sektor francais.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy