Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
522 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Semantic Representation in Social Media Crisis Management Narrative Rus Shafinas binti Shafie, M48 ABSTRAK Kajian ini mengkaji representasi semantik ataupun representasi makna yang digunakan dalam Naratif Pengurusan Krisis Media Sosial serta penerapan konsep power with yang memberi penekanan kepada elemen kebersamaan / inclusivity yang dapat meningkatkan persepsi positif kepada perkhidmatan awam. Kajian ini dilaksanakan bagi menangani isu persepsi negatif yang sering dikaitkan dengan penjawat awam dan perkhidmatan awam secara keseluruhan. Persepsi negatif kepada perkhidmatan awam memberi impak secara langsung dari segi motivasi dan penyampaian perkhidmatan awam yang mampan. Sorotan Literatur kajian ini mendorong kepada pemahaman bahawa representasi makna sama ada negatif mahupun positif yang disampaikan dalam media sosial berupaya untuk membentuk persepsi masyarakat dan rakyat secara keseluruhan. Teori komunikasi yang digunakan dalam kajian ini adalah Two-Step Flow Theory oleh Lazarsfeld and Katz (1957) yang menerangkan berkenaan kepentingan pemimpin pengantara media/ opinion leaders dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat serta kebergunaan teori ini dalam operasi pengurusan risiko media sosial perkhidmatan awam. Tambahan daripada itu, sintesis analisis naratif juga memperlihatkan bahawa konsep power with berjaya diterapkan dalam konteks media sosial melalui sisipan rakaman video, ciapan, FB posts yang merangkumi komunikasi lisan dan bukan lisan. Kajian ini memberikan cadangan pewujudan Pelan Strategik Tindak Balas Komunikasi atau Strategic Communications Response Plan bagi menangani krisis media sosial secara lebih efektif agar persepsi rakyat terhadap perkhidmatan awam kembali positif dan kekal positif. Pelan ini boleh dijayakan dengan kerjasama di antara Unit Komunikasi Korporat semua kementerian dan jabatan yang diketuai oleh Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam. Manakala, latihan secara atas talian kepada semua pegawai awam dikendalikan oleh INTAN melalui EPSA.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy