Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

9 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Persoalan Kajian 1. Mengenal pasti kesan atau impak dari intervensi Kerajaan sejauh objektif tersebut dicapai dan sama ada kaedah memberi ‘tekanan’ dengan memperkenalkan akta atau peraturan serta mengenakan syarat tertentu ataupun kaedah ‘melegakan’ dengan memberi bantuan yang lebih membantu atau diperlukan oleh penggiat francais dalam membantu mencapai objektif yang ditetapkan. 2. Sumber adalah sesuatu yang terhad dan berharga dan perlu digunakan sebaiknya. Meskipun mempunyai sumber yang besar, Kerajaan dan penggiat francais perlu mengenal pasti had atau limitasi dalam penggunaan sumber tersebut dalam membantu mencapai objektif Kerajaan dan pada masa yang sama turut membantu mengembangkan perniagaan sama ada di peringkat domestik dan internasional. 3. Melihat hubungan/korelasi antara inisiatif Kerajaan terhadap pertumbuhan francais di Malaysia dan penguasaan produk francais tempatan dalam pasaran. Ini akan memberikan gambaran sebenar tahap keupayaan francais tempatan. 4. Disyaki bantuan yang melebihi keperluan atau terlalu melindungi akan memberikan kesan yang buruk terhadap penggiat francais dimana usahawan francais terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk mendapatkan bantuan kewangan kerana gagal bersaing di institusi kewangan. Definisi Terma 1. Intervensi – merujuk kepada inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan sama ada ‘menekan’ atau ‘melegakan’ (Hirchman, 1973). Ianya adalah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan dalam pembangunan strategik dalam bidang yang difokuskan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy