Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

485 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Misalnya, konsep bekerja dari rumah perlu diterima sebagai norma baharu dalam sektor pekerjaan di negara kini. COVID-19 memberikan hikmah yang besar buat diri seseorang sebagai pekerja khususnya dalam mempelajari sesuatu perkara baharu, menguruskan tugasan dan menangani cabaran yang dihadapi apabila melaksanakan tugasan di rumah. Ia merupakan satu pengalaman buat pekerja awam/swasta dalam bersedia terhadap pelbagai kemungkinan dan memerlukan kepada penyelarasan, kebijaksanaan dan tekad dalam memastikan tugas yang diamanahkan dapat dilakukan dengan berkesan. Penemuan kajian ini berdasarkan desktop view yang mana tidak menggambarkan kesedaran dan kesediaan penjawat awam secara menyeluruh. Oleh itu, kajian empirikal yang melibatkan aktiviti pengumpulan dan analisis data primer berdasarkan pemerhatian langsung, pengalaman di lapangan dan kutipan data perlu dilaksanakan bagi mengukur tahap kesedaran dan kesediaan penjawat awam bekerja secara dalam talian pada masa hadapan. Cadangan seperti menjalankan satu kajian mengenai kesediaan penjawat awam bekerja di rumah secara atas talian boleh dilaksanakan bagi melihat sejauh manakah penjawat awam bersedia mengubah kaedah pekerjaan yang mana setiap hari ke pejabat kepada norma baharu ini. Beberapa perkara yang boleh diukur dalam kajian adalah merangkumi aspek kesedaran mengenai teknologi, kemahiran dalam menggunakan teknologi, produktiviti ketika bekerja dari rumah, kemudahan internet yang digunakan, cabaran atau isu yang dihadapi ketika bekerja secara dalam talian, keberkesanan dari segi penyampaian maklumat dan sebagainya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy