Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

8 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kebergantungan yang tinggi penggiat francais terutama terhadap bantuan Kerajaan juga jelas apabila kebanyakan mereka tidak mampu bertahan lama dalam sektor francais. Ini jelas dalam tempoh Rancangan Malaysia (RMK) di mana peruntukan dikhususkan bagi membantu francais Bumiputera disediakan terdapat pertambahan bilangan francais Bumiputera namun jumlah tersebut menurun terutama selepas RMK10 di mana peruntukan dikurangkan secara drastik dan fokus pelaksanaan bersifat lebih inklusif untuk masyarakat di Malaysia. Kajian mengenai intervensi dalam sektor francais adalah kurang sekali menjadikan rujukan bagi menilai polisi yang dilaksanakan adalah terhad. Berdasarkan penerbitan oleh Philip F. Zeidman (2018), terdapat hanya 25 negara yang mempunyai peruntukan undang-undang atau peraturan berkaitan francais dan majoriti lebih bersifat garis panduan, kod etika dan undang- undang kecil. Kebanyakan kajian yang sedia ada lebih tertumpu kepada hubungan francaisi dan francaisor serta sistem francais itu sendiri. Satu kajian khusus perlu untuk mengukur sejauh mana kesan polisi Kerajaan dalam meningkatkan tahap keusahawanan individu (Maria Minniti, 2006) terutama dalam mengukur keberkesanan inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan bagi mencapai objektif yang ditetapkan dan dalam kes ini menghasilkan budaya keusahawanan dikalangan Bumiputera. Dengan intervensi pada skala ini adalah penting untuk mengenal pasti inisiatif yang memberi impak tinggi. Walau bagaimanapun, intervensi ini adalah perlu bagi memulakan satu pembudayaan baru meski pun bertentangan dengan falsafah Laissez-faire, (Lam, 2000; Stern 2002) dasar pasaran terbuka tidak pada setiap masa memberi manfaat dalam membangunkan ekonomi dan tahap intervensi tertentu diperlukan bagi mengekalkan pembangunan ekonomi. Bilangan francais Bumiputera menurun terutama selepas RMKe-10 apabila peruntukan daripada Kerajaan dikurangkan secara drastik dan fokus pelaksanaan bersifat lebih inklusif untuk masyarakat di Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy