Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

484 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Bagi memastikan ketersediaan kakitangan awam untuk meninggalkan kaedah manual apabila bekerja dari rumah, kerajaan perlu menyediakan platform dalam talian yang komprehensif. Kemudahan minimum dan juga kelengkapan peralatan yang boleh disediakan dengan lebih awal untuk penjawat awam bekerja dari rumah. Selain itu, platform atas talian perlu disediakan supaya produktiviti pekerja tersebut dapat ditingkatkan. Kemudahan online tersebut penting dalam memastikan kesinambungan kerja kakitangan kerajaan sekaligus menjamin kesejahteraan rakyat terjaga melalui perkhidmatan yang diberikan kerana perkhidmatan pekerjaan tidak boleh dipisahkan daripada perkhidmatan untuk rakyat dan negara. Penjawat awam perlu bekerja dari rumah dengan lebih efisen supaya perkhidmatan kerajaan tidak terputus dan rakyat dapat merasai perkhidmatan yang diberikan kerajaan. Oleh itu, kemudahan dalam talian yang minimum penting supaya perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dapat diteruskan tanpa sebarang halangan. Meskipun kaedah bekerja dari rumah ini hanya dilaksanakan dengan sepenuhnya sepanjang PKP ini, namun inisiatif ini dijangkakan akan berterusan susulan tamatnya PKP. Keseluruhnnya, penjawat awam perlu lebih bersedia untuk bekerja dalam talian apabila bekerja dari rumah untuk kelangsungan pentadbiran negara selepas tempoh PKP. ‘Komuniti kesedaran’ boleh dicipta dalam persekitaran dalam talian melalui penglibatan pekerja dalam perbincangan. Proses dalam talian memerlukan komitmen dan disiplin diri untuk bersaing dengan aliran proses. Manfaatkan komunikasi video lebih daripada biasa khususnya untuk terus berhubung dengan ahli pasukan atau rakan pejabat. Penjawat awam perlu mengambil ruang ini untuk meneroka apa jua peluang yang ada bagi mengharungi kehidupan pasca COVID-19 yang pastinya tidak akan sama dengan kehidupan kita sebelum ini. Hakikatnya, perlu bersedia untuk menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu ini yang bakal menjadi gaya hidup yang selanjutnya. Tuntasnya, golongan pekerja tidak mempunyai banyak pilihan. Sama ada kita segera menyesuaikan diri atau kita akan terus ketinggalan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy