Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
483 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Merujuk kepada tinjauan yang dilakukan oleh Jabatan Komunikasi Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, 83.7% pekerja mampu menyelesaikan tugasan dengan cara yang minimum di rumah, manakala 20% tidak mampu kerana mempunyai masalah perkakasan, sumber maklumat dan capaian internet. Di samping itu juga, dalam sudut pemantauan kerja yang boleh diukur, majikan perlu menyediakan garis panduan sebagai rujukan kepada pekerja dan menentukan kaedah bagaimana pekerja tersebut dapat memberikan maklumbalas terhadap kerja yang telah dilaksanakan. Dalam konteks pekerja pula, setelah menerima tugasan yang perlu dilakukan di rumah, mereka perlu memberi perhatian terhadap kemahuan mempelajari dan menggunakan teknologi baharu, komitmen, disiplin dan sasaran, mempunyai peralatan dan ruang kerja serta komunikasi yang jelas. KESIMPULAN Pemilikan komputer dan internet kini menjadi keperluan baru dalam hidup kebanyakan penduduk di Malaysia. Peningkatan pemilikan kedua-dua teknologi ini memberikan isyarat bahawa masyarakat Malaysia dapat menerima pengaruh teknologi dalam hidup mereka. Namun begitu, beberapa hasil kajian berkaitan jurang digital di Malaysia menunjukkan bahawa perbezaan pemilikan komputer dan internet ini disebabkan oleh faktor pendapatan, pekerjaan, perbezaan geografi, perbezaan etnik, jantina, pendidikan, kekayaan, umur, dan tahap keupayaan fizikal (UNCTAD, 2005; Tengku Mohamed Faziharudean, 2004). Di dalam konteks bekerja dari rumah, menurut Siti Aiyshah (2020), kurang daripada 30% pekerja di Malaysia bekerja dari rumah. Pengaturan kerja ini dianggap berat sebelah terhadap pekerja yang berkemahiran tinggi dan pekerja di peringkat pelaksana. Untuk bekerja dari rumah, pekerja perlu mempunyai sumber atau kemudahan yang cukup untuk melaksanakannya. Akses yang terhad selain kekurangan peralatan komputer dan akses internet yang disediakan oleh pekerja semakin membatasi kemampuan bekerja dari rumah dan bekerja dalam talian.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy