Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

482 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Walaupun terdapat beberapa cabaran bekerja dalam talian, berdasarkan tinjauan daripada kenyataan akhbar dan di media sosial terdapat ramai penjawat awam mengadakan mesyuarat atau perbincangan dalam talian. Mesyuarat menerusi online yang menjadi pilihan utama pekerja semasa PKP adalah salah satu teras Revolusi Industri 4.0. Antara aplikasi persidangan video atau video conferencing yang menjadi pilihan utama ialah Zoom. Pada Disember tahun lalu, pengguna Zoom sekitar 10 juta orang, namun angka itu meledak naik kepada 200 juta selepas pengguna memilih aplikasi Zoom untuk bermesyuarat (Muhidin,2020). Di sini menunjukan sebahagian pekerja termasuk penjawat awam bersedia dan mula mengadaptasi penggunaan teknologi dalam melakukan kerja dari rumah. Namun begitu, pada 6 April 2020 yang lalu, Jabatan Pendidikan New York (NYDE) mengharamkan penggunaan Zoom kerana mendakwa aplikasi tersebut menimbulkan masalah keselamatan dan privasi. Di antara aplikasi lain yang boleh diguna pakai untuk bermesyuarat secara dalam talian adalah Google Hangouts Meet , Skype , Slack dan Cisco Webex . Bekerja dari rumah serta bekerja dalam talian mempunyai satu sudut positif buat pekerja. Pekerja boleh mempelajari teknologi baharu, mendidik dalam pengurusan waktu, perancangan berkesan dan pelaksanaan tugas yang lebih berfokus. Dalam tempoh PKP, dari sudut pandangan majikan, sebelum menetapkan kerja dari rumah, majikan sebolehnya melaksanakan tinjauan bagi mengenalpasti keupayaan pekerja dan sumber yang boleh membantu mereka melakukan kerja di rumah. Tinjauan yang dimaksudkan ialah bagi mengetahui komitmen, peralatan, akses serta maklumat yang boleh dicapai oleh pekerja sepanjang tempoh PKP. Bekerja dari rumah serta bekerja dalam talian mempunyai satu sudut positif buat pekerja. Pekerja boleh mempelajari teknologi baharu, mendidik dalam pengurusan waktu, perancangan berkesan dan pelaksanaan tugas yang lebih berfokus

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy