Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
481 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Ada segelintir pekerja tidak mempunyai peralatan seperti laptop. Jadi majikan perlu menentukan jenis kerja yang bersesuaian terhadap mereka yang tiada kemudahan tersebut. Walau bagaimanapun, pekerja perlu berusaha untuk mendapatkan kemudahan tersebut kerana ia merupakan sebahagian daripada peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas di rumah di masa akan datang. Jika pekerja jarang membawa tugasan pejabat pulang ke rumah, kemungkinan besar tiada ruang yang disediakan khusus untuk membuat kerja pejabat. Oleh itu, pekerja perlu membuat penyesuaian sedikit dengan menjadikan ruang sedia ada di rumah sebagai meja kerja. Dari sudut dunia pendidikan pula yang mana terdiri daripada golongan yang cerdik pandai dikejutkan dengan gelombang e-learning . Walau bagaimanapun, pelbagai aspek kesediaan perlu dipertimbangkan dahulu sebelum melaksanakannya. Antaranya adalah kesediaan guru, kesediaan pelajar, kesediaan teknologi dan kesediaan penilaian. Sebagai contoh, tinjauan dari aspek kesediaan pelajar boleh dilihat dari segi capaian internet pelajar sama ada terhad atau tanpa had, kesesuaian peranti yang digunakan oleh pelajar, kemahiran digital atau internet pelajar dan pelbagai aspek lain. Walau bagaimanapun, baru - baru ini Malaysia merekodkan carian frasa ‘Google Classroom’ tertinggi di dunia membuktikan guru di negara ini berdedikasi dan komited dalam tugas. Rekod ini menunjukkan ramai guru menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menggalakan guru menggunakan pembelajaran maya. Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) masing-masing mengeluarkan pekeliling khas agar pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam talian atas usaha mengawal dan mengekang penularan koronavirus.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy