Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

480 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Sebilangan besar rakyat Malaysia mengakui berdepan kesukaran untuk bekerja dari rumah dan secara atas talian semasa tempoh PKP adalah kerana sambungan internet yang tidak stabil. Menurut kaji selidik oleh firma penyelidikan pengguna dalam talian Vase.ai daripada 1,100 responden ditanya mengenai bagaimana rakyat Malaysia menyesuaikan diri ketika bekerja dari rumah semasa PKP dan didapati bahawa 35% memberitahu sambungan internet tidak stabil (Malaysiakini, 2020). Firma itu juga mendapati bahawa 77% mengakui menghadapi kesukaran untuk bekerja dari rumah. Cabaran berkomunikasi dengan pekerja atau ahli pasukan secara dalam talian (31%) dan kesulitan mengakses data yang mereka perlukan dari pangkalan data pejabat (28%) adalah antara alasan yang disenaraikan dalam menghadapi kesukaran bekerja dari rumah. Data yang dikumpul pada 27 Mac 2020 itu juga menunjukkan hanya 9% rakyat Malaysia merasa lebih produktif untuk bekerja dari rumah. Alasan utama adalah kerana mereka dapat bekerja mengikut jadual peribadi mereka (49%), mempunyai kelebihan untuk menghabiskan masa dengan keluarga, mendapat kerja pada masa yang sama (37%) dan mempunyai ruang kerja peribadi di rumah (36%). Bekerja di rumah dan di dalam talian mempunyai cabarannya yang tersendiri. Tidak semua tugasan dapat dilakukan secara dalam talian. Fail maklumat dan data yang bersifat sulit mungkin diperlukan bergantung kepada skop kerja masing-masing. Apabila bermulanya pelaksanaan PKP, fail maklumat sulit sudah tentu tidak dapat dibawa ke rumah. Hal ini mungkin akan menjejaskan produktiviti dalam menyelesaikan kerja. Kemudahan yang kurang berbanding peralatan yang ada di pejabat juga menjadi salah satu cabaran untuk bekerja dari rumah. Apabila berada di pejabat pekerja diberi kemudahan dengan talian internet yang pantas. Namun begitu, apabila berada di rumah mungkin hanya boleh menggunakan ‘hotspot’ pada telefon pintar dengan had data yang terhad. Sebilangan besar rakyat Malaysia mengakui berdepan kesukaran untuk bekerja dari rumah dan secara atas talian semasa tempoh PKP adalah kerana sambungan internet yang tidak stabil

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy