Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

479 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Peningkatan pendigitalan mempengaruhi hampir kesemua aspek kehidupan manusia khususnya dalam dunia pekerjaan yang mengalami perubahan yang drastik mutakhir ini. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membuka kemungkinan baru mengenai di mana, bila dan bagaimana kerja dilakukan. Pekerja lebih kerap dapat bekerja di luar premis majikan mereka, waktu bekerja menjadi lebih fleksibel dan organisasi di tempat kerja juga berubah dan semua perkara ini disebut sebagai ‘cara kerja yang baharu’. Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyifatkan kebanyakan majikan dan pekerja masih belum bersedia melaksanakan rutin tugasan dari rumah sepanjang PKP susulan penularan wabak COVID-19. Pengarah Eksekutifnya, YBhg. Datuk Shamsuddin Bardan berkata, terdapat pelbagai cabaran dan halangan ditempuhi untuk memastikan pelaksanaan kerja dari rumah dilakukan dengan efisyen. Pihak MEF berpendapat terhadap beberapa gangguan sepanjang bekerja dari rumah terutama dari segi integriti, kepercayaan dan tahap disiplin yang tinggi. Pekerja memerlukan integriti yang tinggi supaya dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang perlu digalas sepanjang tempoh PKP. Untuk menjayakan rutin bekerja dari rumah, pekerja sendiri perlu menyediakan ruang khas di rumah untuk melakukan kerja seperti mana yang ada di pejabat supaya mereka fokus dengan tugasan yang diberikan. Berkaitan dengan akses kepada peralatan untuk bekerja di atas talian atau bekerja dari rumah juga perlulah disediakan oleh majikan sebagai contoh komputer riba. Berhubung dengan isu keselamatan siber, pekerja seharusnya mempunyai peranti yang selamat digunakan di rumah dan pekerja tidak boleh membocorkan rahsia sesebuah organisasi atau syarikat. Seharusnya ciri – ciri keselamatan itu perlu ada sebelum pekerja bekerja di rumah sekaligus bekerja di atas talian. Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyifatkan kebanyakan majikan dan pekerja masih belum bersedia melaksanakan rutin tugasan dari rumah sepanjang PKP susulan penularan wabak COVID-19.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy