Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

478 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Ini adalah konteks di luar Negara. Namun demikian, ianya berbeza dengan apa yang berlaku di Malaysia, khususnya kepada pekerja sektor awam. Dalam tempoh PKP ini membolehkan penjawat awam/ swasta untuk meneroka potensi yang boleh dimanfaatkan untuk tugasan dan mengenalpasti cabaran dalam memastikan produktiviti mereka di rumah dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun, Mohd Shahrulnizam (2020) berpandangan, pekerja akan sedikit kekok melaksanakan tugasan di rumah kerana ia merupakan pengalaman baharu buat mereka, khususnya melaksanakan tugas di rumah untuk satu tempoh yang lama. Persediaan dari segi mental, keupayaan dan sumber menjadi daya penentu dalam mempermudahkan pelaksanaan tugas di rumah. KESEDIAAN PENJAWAT AWAM BEKERJA SECARA DALAM TALIAN DALAM TEMPOH PKP Ancaman COVID-19 memerlukan kepada komitmen masyarakat untuk mengekalkan penjarakan sosial bagi mengurangkan kadar jangkitan. Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 Mac hingga 9 Jun 2020 bagi membendung penularan wabak Coronavirus, penjawat awam dan swasta telah diarahkan untuk bekerja dari rumah. Perkembangan ini juga boleh dilihat dengan edaran pekeliling ke setiap agensi berkaitan garis panduan bekerja dari rumah (BDR) yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam khususnya. Menurut Baruch (2001), BDR adalah pengaturan kerja yang fleksibel di mana pekerja melakukan semua atau sebahagian besar pekerjaan mereka secara fizikal di luar lokasi majikan mereka menggunakan Information Technology (IT) untuk operasi dan komunikasi atau dalam kata erti lain bekerja dalam talian. Peningkatan pendigitalan mempengaruhi hampir kesemua aspek kehidupan manusia khususnya dalam dunia pekerjaan yang mengalami perubahan yang drastik mutakhir ini

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy