Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
477 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Menurut Wong (2020), sebilangan penjawat awam di negara Hong Kong merungut dan membuat aduan mengenai usaha kerajaan Hong Kong mengeluarkan arahan bekerja dari rumah tidak dapat diselesaikan atau dilakukan oleh semua pekerja. Di samping itu juga, Ketua Eksekutif Persatuan Kesatuan Perkhidmatan Awam Hong Kong mengatakan bahawa, berdasarkan aduan yang diterima, sekurang-kurangnya separuh daripada 177,000 orang pekerja perkhidmatan awam harus berada di pejabat mereka untuk melakukan pekerjaan. Hal ini kerana pekerja berhadapan dengan halangan kemudahan teknologi yang teruk, isu keselamatan untuk melindungi data yang sulit, pemikiran konservatif seorang pengurus yang tidak mahu menyesuaikan diri dengan cara kerja yang berbeza sebagai contoh enggan menggunakan apa- apa jenis perisian persidangan video dan kurangnya garis panduan untuk melaksanakan dasar bekerja dari rumah. Walaupun Virtual Private Networks (VPN) dianggap mustahak untuk perlindungan tambahan dalam talian daripada penggodam, akses tersebut hanya diberikan kepada sebilangan kecil kakitangan. Biasanya Pengurus Kanan mempunyai keutamaan untuk menerima akses jarak jauh untuk memasuki ke sistem intranet, berkongsi fail dalaman dan sistem emel Lotus Notes kerajaan, menjadikannya sukar bagi kakitangan junior untuk bekerja dari rumah dan di dalam talian. Di Indonesia pula, penjawat awam dibenarkan bekerja dari rumah dalam usaha untuk mengekang penyebaran COVID-19 di pejabat negara di seluruh Indonesia. Menurut Tjahi Kumolo, Menteri Pembaharuan Pentadbiran dan Birokrasi (New Straits Times, 2020), semua penjawat awam boleh bekerja dari rumah tetapi ketua agensi perlu menetapkan beberapa pegawai di setiap pejabat untuk menjaga kewajipan perkhidmatan awamnya. Penjawat awam di Indonesia juga diwajibkan menghadiri telekonferensi atau panggilan video kerana kementerian melarang pertemuan bersemuka yang melibatkan ramai orang. Usaha kerajaan Hong Kong mengeluarkan arahan bekerja dari rumah tidak dapat diselesaikan atau dilakukan oleh semua pekerja
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy