Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

476 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam pengurusan maklumat di tempat kerja. Analisis yang dijalankan oleh Benson, Johnson dan Kuchinke (2002), menyatakan tiga kriteria yang memerlukan pekerja memperkasakan pendigitalan di tempat kerja iaitu pekerja mesti tahu bagaimana menggunakan teknologi baru, tahu bagaimana meyelesaikan masalah – masalah kritikal dan yang terakhir memerlukan pemikiran kreatif untuk menangani cabaran baru. Dalam kajian oleh Mukerji dan Arora (2017), di antara elemen lain yang penting pendigitalan di tempat kerja adalah penguasaan komunikasi digital di persekitaran kerja. Oleh itu, infrastruktur yang boleh dipercayai adalah suatu keperluan untuk mencapai tujuan ini. Pendigitalan di tempat kerja juga diperkukuhkan dengan memupuk budaya perkongsian pengetahuan melalui bekerjasama dalam pasukan kerja. Malaysia kini telah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijangka akan berakhir pada 9 Jun 2020. Dalam perutusan khas YAB Perdana Menteri bersempena sambutan Hari Pekerja 2020 pada 1 Mei 2020, beliau turut mencadangkan pelaksanaan bekerja secara fleksi sebagai salah satu norma baharu selain mengumumkan pembukaan hampir kesemua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan bermula 4 Mei 2020. Secara umum, pengaturan kerja yang fleksibel iaitu bekerja dari rumah dapat dijumpai dengan kerap di sektor pentadbiran awam di Eropah (Korunka, 2018). Melalui tinjauan yang telah dilakukan Quartz, Amerika Syarikat, data menunjukkan 5.2% pekerja melaksanakan kerja di rumah pada tahun 2017 dan jumlah tersebut dianggarkan seramai 8 juta orang. Dalam kajian lain yang dilakukan Owl Labs, antara faktor pekerja ingin bekerja dari rumah, (91%) mengatakan ingin mendapatkan keseimbangan hidup, (79%) ingin meningkatkan produktiviti, (78%) mengurangkan tekanan kerja dan (78%) untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Secara umum, pengaturan kerja yang fleksibel iaitu bekerja dari rumah dapat dijumpai dengan kerap di sektor pentadbiran awam di Eropah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy