Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
475 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Dunia sekarang berada dalam Revolusi Industri 4.0 di mana manusia bertemu dengan dunia siber kerana teknologi dan manusia tidak dapat dipisahkan. Teknologi yang berkembang akan memacu perubahan dalam sektor perkhidmatan awam terutamanya perubahan terhadap sifat kerja itu sendiri dengan mewujudkan cara kerja yang baharu (Wan Nor Adilah, 2019). The World Economic Forum’s the Future of Jobs Report (Januari 2019) menjangkakan pekerjaan dalam industri akan berubah hingga tahun 2020, serta kemahiran baru yang diperlukan untuk memandu industri, berdasarkan tinjauan yang meliputi 15 negara yang mempunyai ekonomi terbesar di dunia. Sektor awam adalah institusi yang mempunyai potensi yang unik untuk berkolaborasi dengan inisiatif operasi dan teknologi bagi merealisasikan visinya (Mckinsey, 2016). Kesannya adalah kepada penyediaan penjagaan kesihatan, dasar mengenai amalan terbaik teknologi, garis panduan penggunaan. Selain itu, usaha kerajaan serantau untuk meningkatkan operasi, kerjasama agensi merentasi oleh fungsi sokongan konsultatif ke perkhidmatan perkongsian berpusat, pusat kecemerlangan, mewujudkan organisasi IT yang praktikal, meningkatkan perkhidmatan sedia ada, melancarkan perkhidmatan baru dan menasihati kerajaan tentang risiko keselamatan siber serta membangunkan strategi untuk melindungi operasi IT merupakan kesan kolaborasi inisiatif operasi dan teknologi. Kini, kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang digital di antara agensi dan masyarakat. TMK berpotensi dan telah membuka peluang dalam mewujudkan jaringan sinkronisasi perkhidmatan secara digital dalam kalangan agensi penyedia perkhidmatan (Ruziah, Othman dan Mohd Isa, 2017). Sebagai contoh, pengurusan dokumen secara digital adalah antara perkhidmatan yang berupaya untuk meningkatkan kecekapan dan perolehan Pengurusan dokumen secara digital adalah antara perkhidmatan yang berupaya untuk meningkatkan kecekapan dan perolehan pengurusan maklumat di tempat kerja
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy