Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

7 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Memandangkan literasi francais yang rendah di kalangan masyarakat di Malaysia, Akta Francais diperkenalkan dan semua francaisor sama ada luar negara mahupun domestik perlu memenuhi kriteria yang sepatutnya ada dalam sesuatu proses usaha wajar (due diligence) dan beberapa kriteria lain seperti menghantar laporan tahunan kepada pihak Kerajaan. Ini dianggap satu karenah birokrasi oleh sebahagian penggiat francais justeru itu mereka memilih untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui kaedah yang kurang kawal selia seperti pelesenan, agen, usaha sama atau pelaburan terus. Ini menyebabkan kerugian kepada usahawan Malaysia untuk berkembang melalui beberapa jenama francais yang kukuh dan terkenal di peringkat antarabangsa. Selain itu kebanyakan jenama francais terkenal bagi mengelakkan intervensi ini telah memilih untuk menjadikan negara jiran Malaysia terutama Singapura sebagai ibu pejabat bagi pasaran ASEAN. Ini juga tidak membantu dalam mencapai objektif Pelan Induk Pembangunan Francais Negara (PIPFN) dalam menjadikan Malaysia sebagai hub francais di rantau ini (PIPFN, 2012). Selain itu tahap intervensi yang melibatkan banyak pihak juga menjadikan kurang fokus dan kurang pelarasan dalam inisiatif yang dilaksanakan. Ini menyebabkan penerima bantuan atau inisiatif ini merupakan penerima yang berulang-ulang dan bergantung kepada bantuan Kerajaan dalam kelangsungan perniagaan mereka. Secara tidak langsung berlaku pembaziran serta tahap efisien yang rendah dalam pengurusan sumber. Pertukaran pegawai yang kerap terutamanya di Bahagian Pembangunan Francais menyebabkan kekurangan pegawai yang berkepakaran dan kemahiran dalam mengendalikan isu berkaitan francais. Ini juga membantut kesinambungan dalam meneruskan objektif yang telah ditetapkan selain. Bahagian Pembangunan Francais itu sendiri sering digabungkan dan dipecahkan dengan beberapa jabatan atau fungsi lain bahkan dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan pada tahun 2009 apabila Kementerian Pembangunan Usahawan telah dibubarkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy