Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
474 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam timbul persoalan, adakah penjawat awam bersedia untuk bekerja secara dalam talian. Kajian ini akan melihat persoalan seperti tahap kesedaran penjawat awam mengenai bekerja secara dalam talian, persediaan penjawat awam untuk bekerja secara dalam talian dan cabaran-cabaran yang dilalui oleh penjawat awam ketika bekerja dalam talian. SOROTAN KAJIAN LEPAS Kesediaan menjadi isu bagi mana-mana perubahan yang ingin dilaksanakan (Rafferty, Jimmieson& Armenakis, 2013). Kesediaan seseorang terhadap sesuatu perubahan amat penting dalam menentukan kejayaan sesuatu pembaharuan dalam sesebuah organisasi (Davis, 1989). Dalam bidang sains sosial, kesediaan diertikan sebagai kesediaan seseorang untuk mengambil atau menerima sesuatu tindakan atau tingkah laku (Ajzen, 2002; Fishbein & Azjen, 1975). Ia merangkumi aspek motivasi yang akan mempengaruhi tingkah laku seseorang di samping menjadi indikator kepada kegigihan untuk melaksanakan sesuatu tindakan atau merancang usaha yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tindakan (Ajzen & Driver, 1992). Menurut Bagozzi et al., (1992) dalam realiti sebenar, terdapat halangan yang menjadi kekangan kebebasan seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan. Dalam konteks penggunaan teknologi dan sistem, faktor kebergunaan dan mudah untuk diakses merupakan elemen yang akan menentukan niat seseorang untuk menggunakan sesuatu sistem atau teknologi. Sektor swasta di negara ini dilihat lebih bersifat anjal dalam mengubah kaedah pekerjaan mereka Kesediaan seseorang terhadap sesuatu perubahan amat penting dalam menentukan kejayaan sesuatu pembaharuan dalam sesebuah organisasi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy