Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

473 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam atau rakan sekerja. Teknologi yang berkembang akan memacu perubahan- perubahan dalam perkhidmatan awam terutamanya perubahan sifat kerja itu sendiri. Perubahan sifat kerja ini akan membawa perubahan dalam pembinaan fokus strategik baru, membina kepakaran baru dan mewujudkan cara bekerja baru (Berman, Korsten dan Marshall, 2016). PENYATAAN MASALAH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020 akibat wabak pandemik COVID-19 yang menular di negara. Hal ini menyebabkan kegiatan ekonomi terhenti seketika. Namun, kehadiran COVID-19 tidak bermaksud pekerja berkompromi dengan produktiviti tanpa melakukan apa- apa pekerjaan di rumah. Kebanyakan sektor awam, pusat pengajian tinggi, sekolah dan syarikat telah melaksanakan kerja dari rumah terutama sewaktu kuarantin. Bekerja dari rumah secara produktif dan kreatif boleh menjadi era dan norma baharu pada masa kini. Mesyuarat, perbincangan dan kerja mengurus segalanya dibuat melalui internet dan pendigitalan, atau lebih sinonim lagi bekerja dalam talian. Situasi ini mungkin dilihat efektif dan berkesan, namun secara tidak langsung perubahan drastik ini akan memberi kesan kepada syarikat, pekerja atau individu yang tidak mempunyai pengalaman dalam melaksanakan polisi itu secara drastik. Secara jelas, penggunaan teknologi 100% ini pasti memberikan satu cabaran baharu kepada proses komunikasi antara majikan dan pekerja. Menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), sektor swasta di negara ini dilihat lebih bersifat anjal dalam mengubah kaedah pekerjaan mereka. Bagaimanapun, Perubahan sifat kerja ini akan membawa perubahan dalam pembinaan fokus strategik baru, membina kepakaran baru dan mewujudkan cara bekerja baru Kehadiran COVID-19 tidak bermaksud pekerja berkompromi dengan produktiviti tanpa melakukan apa-apa pekerjaan di rumah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy