Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

472 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam sosial yang selamat serta menjaga tahap kebersihan diri adalah ‘vaksin’ kepada jangkitan COVID-19. Kaedah pelaksanaan kerja tertentu seperti bekerja dari rumah (BDR) mungkin juga berlaku. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman dalam surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Mac 2020, ketua jabatan boleh menentukan perkhidmatan penting di kementerian atau jabatan masing-masing dan mengarahkan pegawai terbabit hadir bertugas di pejabat. Bagi pegawai yang diarah bekerja dari rumah, mereka hendaklah mematuhi arahan termasuk sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu pejabat atau bekerja yang ditetapkan kerajaan. Menurut Siti Aiysyah (2020), bekerja dari rumah sangat jarang berlaku di Malaysia kecuali bagi mereka yang bekerja sendiri. Penemuan baharu menunjukkan hanya satu daripada empat pekerja bekerja dari rumah dan hampir separuh daripada mereka kehilangan pekerjaan semasa krisis COVID- 19. Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini telah menerbitkan penemuan dari Kajian Khas mengenai Kesan Coronavirus (COVID-19) terhadap ekonomi dan individu. Walaupun hasil tinjauan tidak mewakili keseluruhan populasi kerana berdasarkan persampelan yang mudah, penemuannya sangat berharga bagi memahami impak atau kesan akibat COVID-19. Hasil kajian tersebut menunjukkan 44% respondan bekerja dari rumah kerana krisis COVID-19 manakala 16% mengurangkan waktu bekerja daripada tempoh kebiasaan. 31% respondan menyatakan pendapatan mereka terjejas sama ada kehilangan pekerjaan, terpaksa mengambil cuti tanpa gaji atau cuti separuh gaji akibat COVID-19. Sebelum ini, majoriti pekerja swasta dan kerajaan setiap hari ke pejabat bagi menjalankan tugasan harian mereka. Namun kini, norma itu dilihat mengalami perubahan drastik apabila dunia pekerjaan dalam talian kini menjadi pilihan terbaik sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Bekerja dalam talian merujuk kepada kaedah baru yang menggunakan teknologi moden dan telekomunikasi untuk terus berhubung dengan majikan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy